Selain tu...barang2 yg kemudian dibeli;
Michelin pilot city tube type 60/90x17 rm 25.00 x 2 + pos 3.87 = rm 53.87
arm protector king drag rm22.00 = rm 22.00
king drag slot swingarm rm 310.00 = rm 310.00
disc screw king drag rm 6.00 = rm 6.00
head lamp diamond rm rm 23.90 = rm 23.90
100cm morin brake hose rm 14.90 + pos rm 4.13 = rm 19.03
uma led digital meter rm 249.90 = rm 249.90
tail lamp rm 23.24 + pos rm 4.13 = rm 27.37
plug cover transparent rm 10.00 + rm 4.13 = rm 4.13
hub chrome, rim alloy 1.4 x 17, lidi, tiub, upah = rm 430.00
Jumlah = rm 1146.2
Pada tahap ni, aku dah pandai guna free shipping voucher, convert coins untuk dapat diskaun. rata2 parts ni pun lebih mahal atau takde jual dekat kedai parts kawasan tempat aku ni. kat sini barulah rasa bijak sikit dah kurang bangang
harga tayar michelin murah tu sebab expired. getah/tayar ni biasanya ada tempoh luput, dia boleh jadi keras, atau retak. tapi lepas baca review pasal tayar kereta michelin expired dekat website michelin, aku gasak aje pakai. setakat ni ok. takde retak apa segala.
Kalau korang nak beli swingarm kingdrag, yang biasa ada tempat untuk orang duduk belakang, kalau untuk ex5 swingarm slot...memang tak ada...memang moto terus jadi single rider. kalau nak bawak awek, mak, isteri,chikaro,kawan, skandal...... carik swing arm yang bukan jenis slot.
King Drag tiruan pun banyak sangat...kedai akan claim copy ori yang harga pun dah dekat sangat dengan yang ori. banyak pun kedai yang claim ori...so macam mana nak tau ori ke tak? korang pi masuk fb...kingdrag malaysia.. sana ada tunjuk gambar beza ori atau tak, warna, welding, aluminium dalam lubang hub tu.. (yang ori mesti warna hitam), kotak..etc banyak sangat tiruan..depa yang dulu tak buat seat/seat cover pun ada orang lain buat pakai nama depa...sport rim pun baru berapa bulan buat...itupun berapa jenis je....yang sebelum ni wujud sport rim king drag memang kelaut..
arm protector untuk slot arm ni memeningkan, yang ori tak ngam, yang copy universal tak ngam..kedai tak tau...aku tanya king drag malaysia fb sana tak berjawab....last2 modify sendiri...phuih!!!
head lamp diamond tu aku tak rekemen....jangan belilah wei. tengah dia kononnya nak buat macam lampu hexagon kereta...menda tu dah macam menghalang cahaya..sesia pakai mentol led.
brake cable Morin la ni terlajak laris...banyak warna banyak pilihan. banyak pun yang tiruan. yang ori thailand kertas dia ada warna putih. yang merah semua tu tak tau dari swaziland ke..entah mana...harga yang tiruan ni pulak harga yahudi pergi haji hari2.
Meter led digital Uma racing yang tersohor tu...itulah yang harga paling murah aku jumpa online...
lepas pasang okay...bling bling warna pelangi kari gitu....semua okay....aku pun order received..payment release to seller rm 249.00.
Bila click order received atau, masa seminggu lepas pos sahkan barang dah hantar kalau korang tak click...waranti shopee dah habis.
Aku pulak bangang tak baca tak tanya dengan seller pasal warranty sebelum beli...elok je lepas 3 hari, meter minyak (bar) jadi gila. minyak tunjuk 1 bar tapi kering. kekadang minyak tunjuk 2 bar tapi full...betulkan pelampung tukar baru pun sama jugak. hanat. seller okay untuk return tukar lain..nasib baik, mintak tempoh sebulan kat aku..aku bagi 3 bulan. la ni dah 7 bulan lebih aku tunggu...habuk pun tarak...alasannya UMA takde stok...aku call UMA...memang takde stok...
Mintak seller tukar barang tak bagi...mintak refund tak bagi..apekejadahnya dia nak pos kat aku balik suruh pakai sementara nak tunggu ganti stok baru...bangang!!! aku ingat aku sorang yang bangang!!
elehhh ini barang aku agak mesti OEM...sebab ada brand lain sebijik sama...ntah2 berapa sen je..takkan kilang meter ni kat Norway, takkan dekat Africa , America...phuih...
Carik punya carik akhirnya aku dapat jumpa . kalau korang nak beli..okay yang ni sama, version baru, ada 7 warna led dia..masalah bar minyak dah settle...rm 160 je siap pos satu malaysia...waranti setahun. kalau nak pm tepi nanti.
rim aku beli yang aloi...rupanya kalau beli kat kedai parts dia datang satu saiz je dalam 1 kotak, sama je rim depan belakang. ada lah sesetengah kedai yang shuffle jual, ada yang jual sepasang depan belakang, ada yang jual satu aje pun boleh..nasib koranglah ikut kedai..lidi aku pakai rcb..okay berbanding dengan lidi besi biasa dia betul ada ringan sikit.
dah pukul 5 pagi, setelah buat moto ni aku rasa cam nak bukak kedai parts moto /aksesori moto pulak...lepas ni aku sambung part engin pulak...
Perjalanan proses restore dan modified ex5 dream
ex5 racing
Saturday, June 27, 2020
pengenalan dan proses restore ex5 dream
Salam dan salam sejahtera semua..
Saya akan ceritakan proses baikpulih dan ubahsuai motosikal ex5 dream saya dari awal hingga akhir. Walaupun dah agak terlambat, tapi marilah kita berkongsi pengalaman dan pengajaran semoga ada yang manfaat dari perkongsian ni.
Saya sebenarnya dah nak senja, ditahap kesenjaan ni, hormon testosteron dah berkurangan....untuk merempit dah tak berani, badan pun dah heavyweight. Tapi ditahap ni barulah ada kesempatan kemampuan untuk restore dan modify moto.
Okay...dari segi kewangan, sangatlah bagus kalau boleh pomen sendiri.
Halatuju utama adalah untuk kelajuan, dan faktor berat moto adalah sangat penting. Jadi kalau barang aloi lebih ringan dari standard, maka aloilah dia.
1-Fasa pertama adalah restore.
1.1 lerai moto. Moto ex5 ni, rangka dan swingarm sama warna dengan cover set. Saya yang super bangang ni ingat tukar coverset aje.
Okeh sebelum tu, boleh confirm lah kalau pandai carik parts dekat shopee, harga boleh lagi murah dari kedai parts . Kena guna apekesegala free delivery voucher. Pilih barang yang murah, cukupkan nilai belian sampai boleh pakai voucher tu.
Untuk restore peringkat spray ni, ini barang yang saya beli
3 tin 29 samurai matt black spray rm 24.00 + pos rm 5.04 = RM 29.04
2 tin samurai matt clear = RM 24.00
1 tin samurai hi temp black = RM 25.00
3 keping kertas pasir saiz 1000 = RM 3.00
Jumlah = RM 81.04
Leraikan moto, cuci rangka dan bahagian engin dengan diesel, kemudian sabun bersih kasi tanggal semua minyak, tar dan makhluk kotor jahat
Gosok rangka dan gosok cover dan bawah engine. Tak perlu gosok kuat2, cuma nak hilangkan lapisan lacquer atas..gosok layan aje, dan kalau ade kesan lekuk calar gosok kasi rata.
kemudian jemur sidai sampai kering.
Moto ni warna asal merah, sebab tahap kemalasan tinggi saya tak spray undercoat. itu antara sebab saya pilih warna matt black....esok tukar cover set apa warna pun ngam dengan warna matt black.
Bila dah kering, dengan cuaca yang baik, spray terus, jangan spray tebal. spray nipis sama rata keseluruhan, jemur kering, lepas setengah jam (kalau cuaca panas) spray semula..ulang proses berkali2. lagi banyak lapisan lagi bagus. dan pastikan arah angin, jangan sampai apekebenda habuk terkena pada menda yang nak spray.
barang2 baru yang saya beli;
legshield screw set rm 6.00 + pos rm5.04 = rm11.04
osram led bulb rm14.80 + pos rm5.04 = rm 19.84
legshield transparent rm 23.89 + pos rm 4.13 = rm 28.02
cover set screw rm 20 = rm 20.00
cover set rm 68.00 + pos rm 16 = rm 84.00
bateri koyoko g1 nano rm 54.95 + pos rm 4.13 = rm 59.08
w125 front fork disc set without hub rm 169.98 + pos rm 5.61 = rm 175.59
ex5 apido exhaust small bore rm 62.00 + pos rm 4.13 = rm 66.13
brake rod alloy thai rm 11.87 + pos rm 5.04 = rm 16.91
seat rm 28.98 + pos rm 6.35 = rm 35.33
hub sprocket chrome rm 29.70 + pos rm 4.13 = rm 33.83
w125 rear hub panel chrome rm 45.00 = pos rm 4.13 = rm 49.13
brake shoe rm 5.20 = rm 5.20
kick starter rm 6.50 + pos rm 4.13 = rm 10.13
brake cam lever gold rm 7.90 = rm 7.90
body sticker set rm 13.90 = rm 13.90
exhaust bracket chrome rm 15.50 + pos rm 4.13 = rm 19.63
jumlah = rm 655.66
Super bangang... ini barang beli dekat shopee..masa tu sangat baru online purchase ni.. sebenarnya tetiap bulan akan ada free shipping voucher, dan saya masa tu tak tau guna!!! bangang phuih...
rupanya kena guna voucher, klik bahagian voucher sebelum check out..pastikan dulu kalau kena guna shoppee pay... bangang btul
sesungguhnya bebarang kat shoppee banyak yang lagi murah dari kedai parts...tapi tetiap kedai harga lelain..kena pandai carik...untuk jumpa 1 kedai yang banyak barang dia lagi murah dari kedai lain sangatlaaa susah...dan boleh lebih untung kalau beli banyak barang dari 1 kedai , untuk dapat free postage.
dan..boleh aje sembang tawar menawar , atau mintak voucher, mintak free gift dari seller ...korang punya kung fu kantaw macam mana skill ajelah
dan kalau shopee ni harga tak ngam boleh aje usha lazada ke, carrousell ke, mudah ke, atau pergi fb group ex5 tanya-tanya...
kalau sesetengah part, boleh try carik kat shopee indonesia, filipina etc...kalau nasib baik lepas tax...kalau tak, pergi bayar tax kat kastam klia sana baru self collect item.
ok, untuk bracket exhaust, dinasihatkan pakai yang standard hitam tu...kuat dan tahan lasak. yang saya beli chrome tu macam dodol....macam tin milo. nipis senang bengkok.
kalau halatuju nak kearah meringankan moto, kena pakai alloy. alloy sepatutnya adalah logam campuran, bukan plastik damar. jadi kena tengok dulu..kekadang aluminium pun orang claim alloy.
ok kalau nak pakai brake disc depan, lagi murah amik 1 set...dan kekadang dekat online sales ni boleh pilih apa yang nak, apa yang taknak. hub aloi dengan hub standard w125 tu ringan berat dia macam sama. jadi dinasihatkan hub depan belakang tak payah pakai aloi..hub belakang standard yang besar tu macam sama ringan dengan hub kecik alloy tu
bangang kedua !! kalau nak pakai fork alloy + hub chrome, jangan amik set. beli asing...ingat tuh..

Subscribe to:
Posts (Atom)