Selain tu...barang2 yg kemudian dibeli;
Michelin pilot city tube type 60/90x17 rm 25.00 x 2 + pos 3.87 = rm 53.87
arm protector king drag rm22.00 = rm 22.00
king drag slot swingarm rm 310.00 = rm 310.00
disc screw king drag rm 6.00 = rm 6.00
head lamp diamond rm rm 23.90 = rm 23.90
100cm morin brake hose rm 14.90 + pos rm 4.13 = rm 19.03
uma led digital meter rm 249.90 = rm 249.90
tail lamp rm 23.24 + pos rm 4.13 = rm 27.37
plug cover transparent rm 10.00 + rm 4.13 = rm 4.13
hub chrome, rim alloy 1.4 x 17, lidi, tiub, upah = rm 430.00
Jumlah = rm 1146.2
Pada tahap ni, aku dah pandai guna free shipping voucher, convert coins untuk dapat diskaun. rata2 parts ni pun lebih mahal atau takde jual dekat kedai parts kawasan tempat aku ni. kat sini barulah rasa bijak sikit dah kurang bangang
harga tayar michelin murah tu sebab expired. getah/tayar ni biasanya ada tempoh luput, dia boleh jadi keras, atau retak. tapi lepas baca review pasal tayar kereta michelin expired dekat website michelin, aku gasak aje pakai. setakat ni ok. takde retak apa segala.
Kalau korang nak beli swingarm kingdrag, yang biasa ada tempat untuk orang duduk belakang, kalau untuk ex5 swingarm slot...memang tak ada...memang moto terus jadi single rider. kalau nak bawak awek, mak, isteri,chikaro,kawan, skandal...... carik swing arm yang bukan jenis slot.
King Drag tiruan pun banyak sangat...kedai akan claim copy ori yang harga pun dah dekat sangat dengan yang ori. banyak pun kedai yang claim ori...so macam mana nak tau ori ke tak? korang pi masuk fb...kingdrag malaysia.. sana ada tunjuk gambar beza ori atau tak, warna, welding, aluminium dalam lubang hub tu.. (yang ori mesti warna hitam), kotak..etc banyak sangat tiruan..depa yang dulu tak buat seat/seat cover pun ada orang lain buat pakai nama depa...sport rim pun baru berapa bulan buat...itupun berapa jenis je....yang sebelum ni wujud sport rim king drag memang kelaut..
arm protector untuk slot arm ni memeningkan, yang ori tak ngam, yang copy universal tak ngam..kedai tak tau...aku tanya king drag malaysia fb sana tak berjawab....last2 modify sendiri...phuih!!!
head lamp diamond tu aku tak rekemen....jangan belilah wei. tengah dia kononnya nak buat macam lampu hexagon kereta...menda tu dah macam menghalang cahaya..sesia pakai mentol led.
brake cable Morin la ni terlajak laris...banyak warna banyak pilihan. banyak pun yang tiruan. yang ori thailand kertas dia ada warna putih. yang merah semua tu tak tau dari swaziland ke..entah mana...harga yang tiruan ni pulak harga yahudi pergi haji hari2.
Meter led digital Uma racing yang tersohor tu...itulah yang harga paling murah aku jumpa online...
lepas pasang okay...bling bling warna pelangi kari gitu....semua okay....aku pun order received..payment release to seller rm 249.00.
Bila click order received atau, masa seminggu lepas pos sahkan barang dah hantar kalau korang tak click...waranti shopee dah habis.
Aku pulak bangang tak baca tak tanya dengan seller pasal warranty sebelum beli...elok je lepas 3 hari, meter minyak (bar) jadi gila. minyak tunjuk 1 bar tapi kering. kekadang minyak tunjuk 2 bar tapi full...betulkan pelampung tukar baru pun sama jugak. hanat. seller okay untuk return tukar lain..nasib baik, mintak tempoh sebulan kat aku..aku bagi 3 bulan. la ni dah 7 bulan lebih aku tunggu...habuk pun tarak...alasannya UMA takde stok...aku call UMA...memang takde stok...
Mintak seller tukar barang tak bagi...mintak refund tak bagi..apekejadahnya dia nak pos kat aku balik suruh pakai sementara nak tunggu ganti stok baru...bangang!!! aku ingat aku sorang yang bangang!!
elehhh ini barang aku agak mesti OEM...sebab ada brand lain sebijik sama...ntah2 berapa sen je..takkan kilang meter ni kat Norway, takkan dekat Africa , America...phuih...
Carik punya carik akhirnya aku dapat jumpa . kalau korang nak beli..okay yang ni sama, version baru, ada 7 warna led dia..masalah bar minyak dah settle...rm 160 je siap pos satu malaysia...waranti setahun. kalau nak pm tepi nanti.
rim aku beli yang aloi...rupanya kalau beli kat kedai parts dia datang satu saiz je dalam 1 kotak, sama je rim depan belakang. ada lah sesetengah kedai yang shuffle jual, ada yang jual sepasang depan belakang, ada yang jual satu aje pun boleh..nasib koranglah ikut kedai..lidi aku pakai rcb..okay berbanding dengan lidi besi biasa dia betul ada ringan sikit.
dah pukul 5 pagi, setelah buat moto ni aku rasa cam nak bukak kedai parts moto /aksesori moto pulak...lepas ni aku sambung part engin pulak...
No comments:
Post a Comment